#Motivator Amir merupakan seorang
penulis buku motivasi dan perunding motivasi. Beliau mendapat pendidikan awal
di SK Taman Selayang (1) sebelum melanjutkan pendidikan menengah dan pra
universiti di SMK Maxwell, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda
(Sains) Pengajian Maklumat (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
pada tahun 2001.
Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan
sebagai Ketua Pustakawan dan Pustakawan Kanan di beberapa buah agensi berkaitan
kerajaan dan swasta selama 12 tahun. Kini beliau adalah penggerak Positive Vibe Consultant (+VC).
#Motivator Amir telah berjaya menulis
dua buah buku motivasi terbitan Must Read Sdn Bhd iaitu:
- Siapa Kita 10 Tahun Lagi? (2011)
- Survival Kit Pelajar Menengah (2013)
Beliau pernah tampil di rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia pada 22
September 2011 untuk membicarakan mengenai buku pertama beliau, ‘Siapa Kita 10
Tahun Lagi?' bersama pengacara rancangan, Tuan Ramli Awang Mursyid. Beliau sekali lagi muncul di kaca tv tetapi kali ini di Malaysia Hari Ini (MHI) pada bulan September 2013 untuk membicarakan mengenai buku kedua beliau, 'Survival Kit Pelajar Menengah'.
Motivator Amir boleh dihubungi di 018 39 111 37





