Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

07 January 2020

Program Motivasi Pecutan Awal di SMK (P) Methodist, Kuantan

Semangat baru tahun 2020 terpancar di muka depan slide saya dan sekolah pertama sekali yang dapat aura tu ialah SMK (P) Methodist, Kuantan dalam program pagi ini bersama dengan para pelajar tingkatan 4. Sudah 4 kali saya ke sekolah hebat ini iaitu 2017, 2018, 2019 dan hari ini, 7 Jan 2020.. 🤗🤗🤗

Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Alhamdulillah.. 

#motivasi
#motivator
#smk
#methodist






28 March 2015

Program Motivasi Kecemerlangan Belajar UPSR 2015 di SK Bukit Ridan, Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Program Motivasi Kecemerlangan Belajar di SK Bukit Ridan, Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur yang diadakan pagi ini, 28 Mac 2015.

Semoga berjaya dengan cemerlang kesemua 100 orang pelajar tahun 6 dalam peperiksaan UPSR yang mereka bakal hadapi pada bulan September nanti, Amin..

20 January 2015

Program Studi Cemerlang di SMK (P) Sri Aman (Sekolah Berprestasi Tinggi)

Program Studi Cemerlang di SMK (P) Sri Aman (Sekolah Berprestasi Tinggi) telah diadakan pada 20 Januari 2015 yang melibatkan 300 pelajar tingkatan 2 sekolah berkenaan. Terima kasih kepada guru kaunseling yang sudi menjemput dan terima kasih kepada para pelajar yang amat berminat dengan program pada hari ini. Semuanya berdisiplin dan telah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran hari ini. Tahniah dan syabas!





30 August 2014

Program Motivasi SKP : Pecutan Akhir UPSR di SK Taman Desa, Kuala Lumpur

Program Motivasi SKP : Pecutan Akhir UPSR 2014 kali ini di SK Taman Desa, Kuala Lumpur bersama 63 orang bakal calon peperiksaan UPSR 2014 pada pagi Jumaat, 29 Ogos 2014. Program kali ini agak berbeza kerana buat pertama kalinya saya memasukkan modul 'Simulasi UPSR' iaitu pengembaraan minda yang membuatkan ada pelajar yang menangis kerana memvisualkan kehidupannya semasa menghadapi peperiksaan itu nanti.

Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Salina, Guru Penolong Kanan yang sudi menjemput saya ke SK Taman Desa dan kepada semua tim guru yang terlibat menjayakan program motivasi ini.

Untuk menjemput saya ke sekolah Cikgu semua, bolehlah menghubungi saya di 019 299 43 88. Pelaburan termampu adalah dijamin.










Jumlah Pelawat