Showing posts with label parenting talk. Show all posts
Showing posts with label parenting talk. Show all posts

04 February 2015

Program Pemuafakatan Ibubapa (Parenting)

Program Pemuafakatan Ibubapa di SK Taman Sri Muda (2), Shah Alam pada hari Sabtu yang lepas dimana saya dijemput untuk slot parenting selama dua jam.. Perkongsian ceramah yang saya sampaikan ialah bagaimana ibubapa boleh membantu dalam kecemerlangan akademik, sahsiah, peribadi anak-anak..
Terima kasih kepada Cikgu Suzana Abdullah dan tim pentadbir sekolah kerana sudi menjemput saya dan juga sudi merakamkan foto-foto ini.. Terima kasih daun keladi, ada rezeki in Sha Allah kita jumpa lagi.. :D
[Kredit foto: Cikgu Suzana]

17 January 2015

Program Keibubapaan Cemerlang di SK Batu 9, Cheras

Program Keibubapaan Cemerlang di SK Batu 9, Cheras telah diadakan sempena program bersama ibubapa yang melibatkan lebih daripada 100 orang ibu dan bapa pelajar SK Batu 9. Terima kasih kepada guru kaunseling dan guru besar yang sudi menjemput. Terima kasih juga kepada ibubapa yang telah menumpukan perhatian sepanjang program parenting ini berjalan.





21 March 2013

Ceramah Keibubapaan di Sekolah Kebangsaan Batu 4 (1), Jalan Ipoh


Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan tarikh 16 Mac 2013, En Hamirudin Hamidi telah dijemput untuk memberikan ceramah keibubapaan sempena dengan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Batu 4 (1), Jalan Ipoh. Majlis dimulakan dengan mesyuarat agung yang dijalankan secara tahunan sebelum slot ceramah keibubapaan berlangsung. Tajuk yang telah diberikan ialah 'Peranan Ibubapa Selepas Anak Memasuki Sekolah Menengah'.

Semoga dengan berlangsungnya ceramah keibubapaan ini, diharapkan agar para ibubapa yang hadir akan mendapat sedikit sebanyak idea yang boleh digunakan untuk menyediakan anak-anak mereka keperluan-keperluan yang sepatutnya untuk mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, in sha Allah!






Jumlah Pelawat